Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • UMNO terbuka kepada orang Melayu, Bumiputera
  • NASIONAL

UMNO terbuka kepada orang Melayu, Bumiputera

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 10 Julai -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan sidang media di sini malam tadi. Turut sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin (kiri). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA …. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan sidang media di Kota Kinabalu malam Jumaat lepas. Turut sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin (kiri). • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: UMNO terbuka kepada orang Melayu dan Bumiputera yang ingin menyertainya, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi kita (UMNO), sesiapa sahaja orang Melayu dan Bumiputera boleh (memohon untuk) menyertai parti,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, bagi bekas ahli parti yang ingin menyertai semula UMNO perlu melalui prosedur biasa dan terpulang kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat keputusan berhubung permohonan mereka.

“Saya rasa ramai pemimpin UMNO buat kenyataan bahawa kita parti terbuka. Ramai yang dah keluar (UMNO) pun masuk balik, tapi apa pun perlu diputuskan oleh Majlis Tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan oleh beberapa pemimpin UMNO agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin kembali menyertai UMNO. – Bernama

Continue Reading

Previous: Al Jazeera: 4 individu dipanggil beri keterangan
Next: 266 kertas siasatan dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.