Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Umat Katolik tekankan kehadiran sebenar Kristus dalam Ekaristi sempena Corpus Christi
  • TEMPATAN

Umat Katolik tekankan kehadiran sebenar Kristus dalam Ekaristi sempena Corpus Christi

Utusan Sarawak 5 hours ago
USKUP Agung Roman Katolik Kuching, Dato Dr Simon Poh menyampaikan mesej sempena sambutan Corpus Christi selepas Misa di Gereja St Peter, Padungan, Kuching, malam ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Kepercayaan umat Katolik terhadap kehadiran sebenar Yesus Kristus dalam Ekaristi bukan sekadar simbolik, sebaliknya menjadi asas utama kehidupan iman yang diraikan melalui sambutan Corpus Christi di Gereja St Peter, Padungan, yang turut menegaskan makna mendalam sakramen tersebut dalam Misa Kudus, malam ini.

Corpus Christi yang bermaksud “Tubuh Kristus” bukan sekadar perayaan liturgi tahunan, sebaliknya pengisytiharan iman bahawa roti dan wain yang dikuduskan dalam Misa Kudus dipercayai menjadi Tubuh dan Darah Kristus melalui doa konsekrasi oleh paderi, sekali gus menjadi inti kepada pemahaman Corpus Christi dalam tradisi Katolik.

Uskup Agung Roman Katolik Kuching, Dato Dr Simon Poh berkata, kehadiran Kristus dalam Ekaristi merupakan asas utama kehidupan iman Katolik yang diraikan dengan penuh hormat setiap kali Misa Kudus dilaksanakan.

“Corpus Christi bermaksud Tubuh Kristus. Dalam Misa Kudus, roti dan wain yang dikuduskan benar-benar menjadi Tubuh dan Darah Yesus. Sebab itu kita berlutut ketika doa konsekrasi kerana kita menyambut kehadiran-Nya. 

SUASANA misa Corpus Christi di Gereja St Peter, Padungan yang disertai umat Katolik sebagai simbol iman, malam ini. Foto Adele Rissa

“Perayaan ini turut menjadi tanda penyembahan dan kesyukuran umat, termasuk melalui adorasi di hadapan Sakramen Maha Kudus yang disimpan dalam tabernakel gereja sebagai pusat doa dan kehadiran rohani,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas Misa sempena sambutan Corpus Christi di Gereja St Peter, Padungan, malam ini.

Menurut beliau, saat umat berada di hadapan Sakramen Maha Kudus dianggap sebagai pertemuan rohani dengan Yesus sendiri, di mana mereka membawa kesyukuran, harapan dan beban kehidupan dalam doa.

“Di hadapan Sakramen, kita berada di hadapan Yesus sendiri. Di situ kita berdoa, bersyukur dan menyerahkan hidup kita kepada Tuhan,” ujarnya.

UMAT Katolik menyertai perarakan Corpus Christi sambil membawa Sakramen Maha Kudus mengelilingi kawasan Gereja St Peter, Padungan malam ini. Foto Adele Rissa

Tambah beliau, kepercayaan itu turut dizahirkan secara nyata melalui pelayanan gereja apabila Komuni Suci dibawa kepada golongan sakit dan mereka yang tidak berupaya hadir ke Misa Kudus.

Katanya, ia menjadi tanda bahawa Kristus hadir dan melawat umat-Nya dalam keadaan paling memerlukan, membawa pengharapan dan kekuatan rohani.

Perarakan Corpus Christi di sekitar kawasan gereja pula menjadi simbol umat “berjalan bersama Kristus” sebagai tanda iman yang hidup dalam komuniti Katolik.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Ngabang perkukuh silaturahim pemimpin dan rakyat sempena Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.