Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Umat Islam di Singapura sambut Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac- Mufti Singapura
  • GLOBAL

Umat Islam di Singapura sambut Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac- Mufti Singapura

Utusan Sarawak 1 month ago

SINGAPURA: Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan bahawa umat Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (31 Mac).

Beliau membuat pengumuman itu menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman sosial Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Ahad.

“Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kiraan imkanur rukyah yang dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS (Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura) anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 48 minit setelah matahari terbenam petang tadi.

“Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Syawal pada tahun 1446H jatuh pada esok, hari Isnin bersamaan 31 Mac 2025,” katanya.  

Beliau turut berharap umat Islam dianugerahkan keberkatan dan kemenangan hasil dari segala amal ibadah dan kebajikan yang telah diusahakan mereka sepanjang Ramadan lalu.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Myanmar dilanda gempa susulan lagi
Next: Umat Islam Thailand, Kemboja, Singapura turut sambut Aidilfitri esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.