Ular sawa ceroboh reban ayam berjaya ditangkap

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DITANGKAP… Anggota bomba menangkap ular sawa menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seekor ular sawa ditemui menceroboh reban ayam di belakang salah sebuah rumah di Jalan Bali, awal pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 4.32 pagi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga orang anggota bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulfaiza Mohamad bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular sawa berada dalam reban ayam,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, ular sawa tersebut ditangkap menggunakan alat penjerut ular. 

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 10 minit. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 4.48 pagi dan telah dilepaskan semula ke habitat asal,” katanya. 

Oleh Earl Anek