Ular sawa batik bersembunyi bawah rumah

Facebook
WhatsApp
ULAR sawa batik sepanjang tujuh kaki bersembunyi di bawah rumah seorang penduduk di Kampung Hilir Spaoh malam tadi telah berjaya ditangkap anggota APM Spaoh. Foto APM Spaoh

SPAOH: Seorang penduduk di Kampung Hilir Spaoh gempar sebaik sahaja mengetahui ular sawa batik sepanjang tujuh kaki bersembunyi di bawah rumahnya malam tadi.

Insiden itu berlaku sekitar 9.35 malam ketika pengadu yang mahu dikenali Nurul, terdengar bunyi mencurigakan sebelum terlihat reptilia tersebut yang dipercayai cuba membaham ayam peliharaannya.

Beliau segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Spaoh untuk memohon bantuan.

Tidak menunggu lama, Skuad Alpha APM Spaoh yang diketuai oleh Augustine Dris Jabat bersama tiga lagi anggota bergerak ke lokasi sebaik menerima panggilan.

ULAR sawa batik sepanjang tujuh kaki bersembunyi di bawah rumah seorang penduduk di Kampung Hilir Spaoh malam tadi telah berjaya ditangkap anggota APM Spaoh. Foto APM Spaoh

Hanya lima minit selepas tiba di lokasi, pasukan APM Spaoh berjaya menjerut dan menangkap ular sawa berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

Reptilia itu kemudian dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Spaoh untuk tindakan pelepasan semula ke habitat asal.

ULAR sawa batik sepanjang tujuh kaki bersembunyi di bawah rumah seorang penduduk di Kampung Hilir Spaoh malam tadi telah berjaya ditangkap anggota APM Spaoh. Foto APM Spaoh

APM Spaoh menegaskan orang ramai dinasihat untuk menghubungi pihak APM terutamanya yang berkemahiran dalam mengendalikan kes kediaman atau premis diceroboh haiwan berbisa terutama ular bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Jika mempunyai sebarang kes kecemasan, sila hubungi PKOD APM Spaoh di talian 083-473006 atau talian kecemasan 999.

Oleh Adi Safarman