Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ular kapak bersembunyi dalam almari kasut berjaya ditangkap anggota APM Marudi
  • TEMPATAN

Ular kapak bersembunyi dalam almari kasut berjaya ditangkap anggota APM Marudi

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA APM Marudi berjaya menangkap ular jenis Kapak yang bersembunyi dalam almari kasut.

MARUDI: Seekor ular kapak berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi di Lot 701, Kampung Narum, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan pada 6.44 pagi daripada seorang pengadu yang memaklumkan bahawa reptilia sepanjang 1.7 meter itu bersembunyi di dalam almari kasut miliknya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata sepasukan anggota daripada Skuad Delta telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari PKOD sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan tersebut.

Menurutnya, operasi itu melibatkan empat anggota pelbagai pangkat yang diketuai oleh Pbt. (PA) Kasyidi Ya’aman.

“Setibanya di lokasi, skuad berkenaan bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penyepit dan peralatan khas,” katanya.

Setelah memastikan keadaan selamat, Skuad Delta menamatkan operasi pada 6.57 pagi dan kembali ke PKOD.

Oleh Jiku Jugong

Continue Reading

Previous: Pendaki dinasihat jangan mendaki bersendirian, maklumkan lokasi kepada keluarga
Next: Program Ngabang perkukuh silaturahim pemimpin dan rakyat sempena Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.