Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ujian vaksin AstraZeneca, Universiti Oxford diteruskan
  • GLOBAL

Ujian vaksin AstraZeneca, Universiti Oxford diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago
DIUJI SEMULA… Ujian Vaksin Covid-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal dan biofarmaseutikal AstraZeneca dan Universiti Oxford akan diteruskan semula. • Foto AFP

LONDON: Ujian Vaksin Covid-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal dan biofarmaseutikal AstraZeneca dan Universiti Oxford akan diteruskan semula.

Ia dihentikan baru-baru ini selepas pesakit di United Kingdom dikesan mengalami kesan sampingan.

Penggantungan kajian dibuat bagi membolehkan syarikat itu menyiasat sama ada kesan sampingan dikaitkan dengan vaksin tersebut.
Namun Universiti Oxford mengesahkan ia selamat.

Ia juga menjelaskan lazimnya dalam ujian besar-besaran yang dijalankan, pihaknya menjangka ada sebahagian peserta akan mengalami situasi tidak sihat.

Sehubungan itu, ujian akan diteruskan semula selepas saranan dari jawatankuasa penilaian keselamatan bebas dan pihak kawal selia UK.
Sehingga kini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sejumlah 180 vaksin berpotensi sedang dikaji.

Namun tiada satu pun yang melengkapkan ujian klinikal sehingga kini.-AFP

Continue Reading

Previous: 27 maut dalam kebakaran hutan
Next: Pakar virologi dedah bukti Covid-19 berasal dari makmal China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.