Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ujian swab tidak batalkan puasa
  • NASIONAL

Ujian swab tidak batalkan puasa

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 25 April -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ditemubual selepas hadir pada program bual bicara terbitan baharu Bernama TV, Suara Ramadan di Wisma Bernama hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Pengambilan ujian swab bagi menyaring individu disyaki dijangkiti Covid-19 tidak membatalkan puasa,   kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli, yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu didapati tidak membawa gambaran sebagai makan (mengenyangkan) dan minum (menghilangkan dahaga) sehingga membatalkan puasa.

Beliau berkata dari sudut syarak, ujian seperti itu mempunyai kelonggaran dalam Islam kerana mengambil kira aspek kesihatan seseorang.

“Ujian swab Covid-19 telah diberi pandangan dalam (Jawatankuasa) Fatwa Majlis Kebangsaan pada minggu lepas dan   mereka semua bersetuju bahawa kaedah ujian swab yang digunakan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) adalah tidak membatalkan puasa.

“Walaupun masuk (rongga hidung dan mulut), ada membahaskan ia   bukan (sehingga) dalam perut yang ternyata membatalkan puasa mengikut hukum syarak. Ia sekadar (masuk) panjang sejengkal dan lebih sikit,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Sementara itu, bagi pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 yang menjalani kuarantin di pusat kuarantin atau di rumah, Zulkifli berkata kewajipan berpuasa bergantung kepada kesihatan pesakit dan arahan KKM.

“Dalam hal ini, kita kena lihat apakah sebenarnya arahan KKM kepada   PUI itu. Adakah sukatan minum, makan ubat ataupun suntikan itu berjadual dan tidak boleh dielakkan? Adakah dia perlu dimasukkan air dalam badan atau seumpamanya.  

“Semua ini kita kena tengok apa yang diputuskan KKM. Oleh sebab itu, kalau prosedur disebabkan perlu makan, minum ubat dan sebagainya, maka dia diharuskan berbuka puasa,” katanya yang turut menjelaskan hendaklah pesakit itu   qada puasa apabila sudah sembuh kelak.

Ditanya berhubung   cadangan memperluaskan kewujudan program Dapur It’am ke negeri   lain, Zulkifli bersetuju namun negeri-negeri haruslah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM serta perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

“Kalau hal ini dapat dilihat dan dicontohi, bagi saya itu adalah hasrat yang cukup murni namun ia   mestilah didahului dengan mengikut garis yang   ditetapkan,” katanya yang berpendapat ia   merupakan ‘new normal’ kepada majlis iftar beramai-ramai.

Dapur It’am adalah berkonsepkan memasak di masjid dan kemudian   diedarkan kepada golongan tertentu, kini diguna pakai di Wilayah Persekutuan bagi menggantikan konsep berbuka puasa beramai-ramai dalam mengekang penularan Covid-19 dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Konsep dilakukan adalah makanan akan dimasak di 72 masjid dan surau yang dikenal pasti di seluruh Wilayah Persekutuan sebelum diagihkan kepada golongan penerima selayaknya, dan dianggarkan akan memanfaatkan hampir tiga juta penduduk di kawasan berkenaan   sepanjang Ramadan ini. Ia melibatkan   enam petugas di setiap masjid, dan mereka akan melakukan tugas memasak menggunakan penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan sanitasi tangan selain menjaga jarak   sosial.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: CoSMmoS bantu pantau disyaki pesakit Covid-19
Next: Remaja langgar anggota PGA bertugas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.