Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Uggah: Pembinaan Jalan Ulu Paku bernilai RM247.4 juta dahului jadual asal
  • Selatan
  • WILAYAH

Uggah: Pembinaan Jalan Ulu Paku bernilai RM247.4 juta dahului jadual asal

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa melakukan tinjauan tapak projek pembinaan Jalan Utama Kedua Ulu Paku-Ulu Kota di Penom, petang semalam. Foto ADUN Bukit Saban

SPAOH: Status projek pembinaan Jalan Utama Kedua Ulu Paku ke Ulu Kota yang bernilai RM247.4 juta kini mendahului jadual pelaksanaannya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pada ketika ini jalan sepanjang 33 kilometer (KM) tersebut telah 20.9 peratus siap mendahului sebanyak 5.27 peratus daripada jadual asal sebanyak 15.73 peratus.

“Status pembinaan projek Jalan Utama Kedua Ulu Paku ke Ulu Kota kini telah siap sebanyak 20.9 peratus.

“Iaitu sebanyak 5.27 peratus mendahului daripada jadual asal sebanyak 15.73 peratus,” katanya selepas melakukan tinjauan tapak projek pembinaan Jalan Utama Kedua Ulu Paku-Ulu Kota di Penom di sini, petang semalam.

Turut mengiringi Uggah ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu.

Menyentuh pembinaan Dewan Baharu Spaoh yang akan bermula tahun depan, Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, berkata ia adalah bagi memastikan masyarakat setempat di Spaoh mendapat kemudahan riadah yang selesa dan terbaik selari dengan perubahan semasa di Spaoh pada ketika ini.

“Kita di Spaoh buat masa ini hanya memiliki sebuah dewan yang hanya mampu memuatkan sebanyak seratus buah meja pada satu-satu masa, dan sudah tiba masanya kita memerlukan dewan serba lengkap yang lebih besar dan selesa untuk kemudahan masyarakat.

“Ini juga bermakna kita tetap prihatin terhadap keperluan kemudahan riadah awam selain daripada memfokuskan kepada pembangunan kemudahan-kemudahan infrastruktur ekonomi seperti lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bebuling, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Bebuling (CPPC) dan Taman Pertanian di Spaoh,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah dinaiki air, warga emas bersama dua wanita dipindahkan ke PPS
Next: Bengkel khas BDDA bersama agensi pelaksana 26 Mac ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.