Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tzu Chi digesa terus jadi ‘seribu tangan’ MBKS
  • TEMPATAN

Tzu Chi digesa terus jadi ‘seribu tangan’ MBKS

Utusan Sarawak 3 years ago

TURUN PADANG… Dato Wee Hong Seng menghadiri sambutan Hari Ibu dan Hari Tzu Chi sedunia, semalam.

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng menghadiri sambutan Hari Ibu dan Hari Tzu Chi sedunia di sini, semalam.

Wee dalam ucapannya beliau berterima kasih atas semua sumbangan yang telah diberikan Tzu Chi kepada masyarakat dan masyarakat secara amnya.

“Apa yang kita nikmati dan raikan hari ini adalah melalui kasih sayang, toleransi, dan rasa hormat antara satu sama lain.

“Sumbangan melalui keikhlasan, pengorbanan yang tidak mementingkan diri kerana kasih sayang dan berkhidmat dengan hati yang ikhlas. Dalam kehidupan sebenar, ibu kita adalah seperti Buddha yang berkorban untuk kita, untuk melindungi kita dan menyayangi kita tanpa syarat,” katanya.

Wee, semasa lawatan menzahirkan rasa kagum dan bangga terhadap komitmen ahli Tzu Chi yang disertai oleh ramai anak muda dalam kalangan ahli mereka.

Ujarnya, ia penting untuk memberitahu generasi muda tentang kaitan dan kepentingan amal dalam masyarakat moden kita.

“Generasi muda yang pemurah dan penyayang akan memastikan sikap budi dan belas kasihan terus menjadi sebahagian daripada nilai negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa Tzu Chi untuk terus melakukan kerja-kerja amal kebajikan dan terus menjadi sebahagian daripada ‘seribu tangan’ MBKS.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Rundingan masih berlangsung
Next: Kumpulan Wanita, Belia SUPP agih kuntuman bunga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.