Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT, Toh Puan bakal hadir Pesta Benak Sri Aman 2024
  • TEMPATAN

TYT, Toh Puan bakal hadir Pesta Benak Sri Aman 2024

Utusan Sarawak 6 months ago

Harden menyerahkan cenderamata kepada Tun Wan Junaidi. Foto Jabatan Penerangan.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2024 Edisi ke-21 di  Kasuma Resort di sini, hari ini.

Kunjungan hormat itu diketuai Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis Tini.

Ketika ditemui media, Harden yang juga Penasihat Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2024 memberitahu, kunjungan hormat itu bertujuan menjemput Tun Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi untuk menjadi tetamu kehormat semasa Majlis Penangguhan Sambutan Pesta Benak Sri Aman 2024 Edisi ke-21 pada 1 Disember 2024.

Menurutnya, objektif penganjuran Pesta Benak ini adalah untuk menonjolkan Benak Batang Lupar sebagai satu produk pelancongan unik di Sarawak.

“Selain itu dengan penganjuran pesta ini juga dapat memperkenalkan bandar Sri Aman sebagai ‘Bandar Benak Malaysia’ yang secara tidak langsung akan menyumbangkan kepada perkembangan industri Pelancongan Sarawak.

“Dengan penganjuran Pesta Benak ini dapat menarik orang ramai datang ke Sri Aman dan akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk tempatan dengan mengambil bahagian berniaga di gerai-gerai semasa pesta itu nanti,” katanya.

Francis Harden berkata majlis perasmian Pesta Benak Sri Aman 2024 ini akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 30 November nanti.

Pada penganjuran Pesta Benak kali ini, terdapat 16 program yang bakal diadakan antaranya, Santai Berbasikal Benak, Benak Road Trail Run, Regata Benak Batang Lupar, Miss Tourism Benak 2024 dan Benak Idol 2024

Selain itu, Pertandingan Fotografi Benak, Pameran Pembangunan, Pameran dan Gerai Jualan Usahawan MPUB, Bazar Ria Benak, Pentas Kebudayaan dan Pertunjukan Luncur turut berlangsung bagi memeriahkan Pesta Benak Sri Aman 2024.

Harden menjelaskan, bagi acara utama iaitu Regata Benak Batang Lupar, hadiah bernilai RM25,000 bakal menanti Raja Sungai Regata Benak Batang Lupar pada tahun ini.

Turut hadir ialah Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Saleh; Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Ramon Addy  Mroon @ Ambrose; Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak Bahagian Sri Aman, Zaidil Ripin dan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak, Jilin  Itar. – JABATAN PENERANGAN.

Continue Reading

Previous: DUN: Lantik juruukur berlesen untuk cepatkan kerja ukur tanah NCR
Next: DUN: JKR siasat punca tanah mendap dari Jambatan Batang Sadong menuju ke Simunjan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.