KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan Sarawak yang baharu, Ahmad Nazri Mohd Hassan di kediaman rasmi TYT di Demak Jaya, petang semalam.
Kunjungan hormat ini adalah julung kali dibuat oleh Ahmad Nazri yang baharu menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak pada 23 Februari lepas bagi menggantikan Dato’ Amir Omar yang telah bersara wajib pada September 2022.