Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT terima kunjungan hormat Panglima Medan Timur Tentera Darat
  • TEMPATAN

TYT terima kunjungan hormat Panglima Medan Timur Tentera Darat

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Tun Taib merakam gambar kenangan bersama Datuk Mohd. Zakaria (dua, kiri). Turut kelihatan, Dato’ Dzulkafl i (kiri), Dato’ Azhar (dua,kanan) dan Kolonel Zunaidi (kanan).

KUCHING: Tuan Yang Terutama Yang di- PertuaNegeri Sarawak TunPehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menerima kunjungan hormat dari rombongan Tentera Darat Diraja Malaysia yang diketuai oleh Panglima Medan  Timur Tentera Darat,   Leftenan Jeneral Datuk Zakaria Yadi  di Demak Jaya di sini, semalam.

Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan pertama Datuk Zakaria setelah menjawat jawatannya pada 17 Julai lalu mengantikan Jeneral  Datuk Zamrose Mohd. Zain yang kini menjawat jawatan Panglima Tentera Darat.

Kunjungan bertujuan untuk memaklumkan mengenai usaha Pemerintahan  Medan Timur Tentera Darat dalam menangani pandemik wabak Covid-19.

Tun Taib juga turut dimaklumkan mengenai Op Benteng yang telah mencapai kejayaan penyelesaian 113  kes melibatkan tangkapan seramai 149 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 43 PATI lagi dibuat pengusiran PATI di sempadan darat Sarawak dan juga Sabah termasuk rampasan barang dan kenderaan dengan nilai RM9.79 juta.

Tumpuan utama kawasan operasi adalah di lorong- lorong tikus dan laluan haram di persempadanan darat yang dikenal pasti masih aktif digunakan sejak pandemik Covid-19 iaitu semenjak semua laluan keluar/masuk utama Malaysia – Indonesia ditutup.

Turut hadir, Panglima 1 Div, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa, Panglima 3 Briged, Jeneral Dato’ Azhar  Ahmad dan Kolonel Tadbir Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat 1, Kolonel Zunaidi Hassan.

Continue Reading

Previous: Lapan dicaj dari HUS
Next: Saringan wajib masuk Sarawak dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.