Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT terima dua kunjungan hormat
  • TEMPATAN

TYT terima dua kunjungan hormat

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KUNJUNGAN… Tun Taib semasa menerima Kunjungan Hormat daripada Jawatankuasa Penganjur Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-84 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang diketuai Dr. Sim (empat kiri) pagi semalam. • Foto PENERANGAN

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Penganjur Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-84 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Demak Jaya di sini, pagi semalam.

Kunjungan yang diketuai oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan tersebut, Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian bertujuan untuk memaklumkan dan menjemput serta memohon perkenan kehadiran Tun Taib dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib ke majlis yang diadakan sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-84 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak bermula 9 hingga 11 Oktober ini di Kuching.

Antara majlis yang bakal dilangsungkan adalah Majlis Kesyukuran yang akan diadakan di Masjid India Bandar Kuching, Majlis Istiadat Rasmi, Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dan Majlis Jamuan Negeri yang akan diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak serta Majlis Jamuan Teh di Hotel Waterfront Kuching.

Pada masa yang sama, Tun Taib menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja, John Ilus di Demak Jaya.

Kunjungan ini bertujuan memohon satu tapak tanah yang lebih sesuai bagi pembesaran kampung di kawasan Serian yang sering terjejas dengan masalah banjir seperti di Kampung Hulu, Kampung Hilir, Kampung Munggu Limo dan Kampung Siantan.

Permohonan tapak tanah ini juga bagi menampung pertambahan penduduk yang kian bertambah di kawasan tersebut yang kini dianggarkan mencecah lebih 3,000 orang.

Selain itu, ahli jawatankuasa ini turut membawa usul bagi cadangan pembangunan Serian Riverfront dan Pasar Malam Serian di satu kawasan baru besebelahan Masjid Bahagian Serian yang kini dalam proses pembinaan naik taraf dan pengubahsuaian.

Serian Riverfront apabila siap nanti dijangka akan menjadi ikon Bandar Serian dan mampu menjadi salah satu daya tarikan pengunjung ke bandar ini.

Manakala pembinaan Pasar Malam tersebut adalah untuk menempatkan semula penjaja yang berniaga di Pasar Malam yang kini pendapatan mereka terjejas berikutan lokasi yang dilihat tidak sesuai.

Continue Reading

Previous: Mayat dipercayai dibunuh ditemui
Next: Tingkat penguasaan Bahasa Inggeris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.