Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT terima dua kunjungan hormat
  • TEMPATAN

TYT terima dua kunjungan hormat

Utusan Sarawak 5 years ago
BERBINCANG… Saifuddin (tiga, kiri) dan Dato’ Sri Stephen Rundi (tiga, kanan) berserta rombongan ketika sesi kunjungan hormat kepada Tun Taib. • Foto PENERANGAN

KUCHING, Selasa: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menerima dua kunjungan hormat di kediaman rasmi beliau di Demak Jaya, pagi tadi.

Kunjungan hormat pertama oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah dan Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada Tun Taib berkaitan penyelarasan sambutan Hari Malaysia 2020 yang akan diadakan di Stadium Tertutup Sibu, Sarawak sekaligus menjemput beliau untuk hadir ke acara tersebut.

Sejurus selepas itu, Tun Taib menerima satu lagi kunjungan hormat daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Dato’ Abang Iskandar Abang Hashim.

Ini merupakan kunjungan pertama beliau selepas dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang baharu pada 25 Februari 2020 yang lalu. Ketika kunjungan, beliau turut berkesempatan untuk memaklumkan perkembangan terkini tentang hal ehwal kehakiman di Sabah dan Sarawak kepada Tun Taib.

Continue Reading

Previous: 137 penduduk sertai ceramah polis
Next: Malaysia Prihatin diterjemah dengan baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.