Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT, isteri singgah di Pasar Lachau 
  • TEMPATAN

TYT, isteri singgah di Pasar Lachau 

Utusan Sarawak 6 months ago

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi sempat singgah dan meluangkan masa di Pasar Lachau dalam perjalanan ke bandar Simanggang hari ini.

Selepas bersarapan di Lachau Food Corner, Tun Pehin Sri dan Toh Puan mengambil peluang singgah ke Pasar Lachau, yang menawarkan pelbagai hasil tani, makanan tradisional, dan kraf tangan masyarakat setempat. 

Mereka berdua turut membeli beberapa produk sebagai tanda sokongan kepada para peniaga kecil.

“Kunjungan ini adalah cara untuk kami menghargai usaha masyarakat setempat yang terus memelihara keunikan budaya Sarawak. Pasar Lachau ini mencerminkan semangat komuniti yang kukuh dan dedikasi terhadap warisan tradisional,” kata Wan Junaidi.

Kehadiran mereka disambut mesra oleh peniaga pasar, yang teruja dengan perhatian yang diberikan oleh pemimpin negeri. Tun Pehin Sri dan rombongan kemudiannya meneruskan perjalanan ke  bandar Simanggang untuk acara rasmi Pesta Benak Sri Aman 2024.

Foto ihsan Astana Negeri Sarawak.

Continue Reading

Previous: Rajinlah membaca untuk tambah ilmu pengetahuan 
Next: Elak salah komunikasi, dapatkan maklumat sahih 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.