Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Twitter berhentikan lebih 6,000 pekerja – Musk
  • GLOBAL

Twitter berhentikan lebih 6,000 pekerja – Musk

Utusan Sarawak 2 years ago

Twitter telah memberhentikan sekitar 80 peratus tenaga kerjanya sejak akhir tahun lepas.

SAN FRANCISCO: Twitter telah memberhentikan lebih 6,000 pekerja iaitu sekitar 80 peratus tenaga kerjanya sejak akhir tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Elon Musk dalam temu bual dengan BBC, kelmarin.

Pengurangan tenaga kerja Twitter tidak dapat menandingi syarikat teknologi besar lain dari segi peratusan seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta yang telah mengurangkan puluhan ribu pekerja di seluruh dunia.

Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah, Xinhua memetik laporan San Francisco Chronicle.

Syarikat itu mendakwa dalam ‘legal filing’ baru-baru ini bahawa “Twitter, Inc telah digabungkan menjadi X Corp dan tidak lagi wujud”.

Berdasarkan ‘legal filing’, X Corp ialah sebuah syarikat milik persendirian. 

Syarikat induknya ialah X Holdings Corp. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Jepun tarik balik amaran kecemasan pindah penduduk di Hokkaido
Next: Krisis 11 tahun ‘pulih’ buka semula kedutaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.