Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
  • NASIONAL

TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda

Utusan Sarawak 8 months ago
SUASANA di sekitar Euroexpo di Lyon , Perancis menjelang Pertandingan WorldSkills (WSC 2024) yang akan berlangsung di Lyon, Perancis bermula hari ini hingga 15 September ini. FotoBERNAMA

LYON: Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjaya pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Zuleah Darsong berkata, anak muda yang memasuki institusi TVET, berpeluang cerah memperoleh kerjaya yang cemerlang selain penerokaan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, perkara itu terbukti dengan penyertaan 15 belia berkemahiran tinggi Malaysia, yang bersaing di peringkat antarabangsa pada pertandingan WorldSkills (WSC 2024) di Lyon, Perancis bermula hari ini.

“Kita harapkan belia yang sertai pertandingan (WSC 2024) ini, akan menjadi contoh kepada mereka yang sedang mengikuti kemahiran di institut kemahiran TVET awam atau swasta, dan juga pelajar yang bakal memasuki TVET.

“TVET memang orang kata ada kerjaya di masa depan, asalkan mereka berminat mengikuti pengajian atau latihan di institut kemahiran TVET dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah kejayaan akan bersama,” katanya kepada Bernama ketika meninjau persiapan acara WSC 2024 di sini, hari ini. 

Zuleah berkata anak muda yang berkemahiran, amat diperlukan bagi membolehkan negara maju seiring perkembangan teknologi pada masa kini.

Mengenai persiapan akhir peserta WSC 2024, beliau berkata persiapan kesemua belia bagi menghadapi pertandingan berjalan lancar.

“Peserta hari ini diberi peluang untuk memahirkan diri sebelum bertanding. Hari ini, mereka begitu  bersemangat untuk memulakan perjuangan mereka,” katanya.

Pada WSC 2024, Malaysia diwakili oleh 15 belia berkemahiran terdiri daripada pelajar Institusi Latihan Kemahiran Awam serta Institusi Pengajian Tinggi, yang akan berentap dalam 14 bidang kemahiran daripada 62 bidang kemahiran dipertandingkan.

WSC 2024 bermula hari ini hingga 15 September ini mempertandingkan 62 bidang kemahiran, dan Malaysia menyertai 14 bidang antaranya Intergrasi Sistem Robot, Penyelesaian Perisian Teknologi Maklumat bagi Perniagaan, Teknologi Kenderaan Berat dan Pembinaan Digital.

Malaysia menyasarkan memenangi sekurang-kurangnya tiga pingat pada penyertaan edisi kali ini. –  Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye
Next: Tiada tangkapan ke atas Ketua Polis Negeri – IGP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.