Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Turun padang tinjau projek rakyat
  • TEMPATAN

Turun padang tinjau projek rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUN PADANG…Datu Penguang Manggil meninjau projek jalan di kawasan Sg Mallang.

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Penguang Manggil turun padang untuk melakukan tinjauan pelaksanaan projek rakyat yang dibaik pulih dan menaik taraf jalan di kawasan Sg. Mallang Beluru/Bakong.

Menurut Penguang projek ini adalah sebahagian daripada projek naik taraf jalan di 140 kampung yang kini dilaksanakan secara berperingkat di beberapa kawasan.

Antara kawasan yang sudah mula dinaik taraf ialah Sg. Buri, Sg. Entulang, Sg. Mallang, Sg. Biar, Sg. Peking, Long Tabing dan rumah sesebuah di tepi jalan.

Penguang berharap semua projek ini akan berjalan lancar dan seterusnya memudahkan perjalanan penduduk di kawasan berkenaan.

Sementara itu jelasnya, projek bekalan elektrik luar bandar (RES last miles ) di beberapa kawasan juga sedang giat dilaksanakan.

Manakala projek bekalan air luar bandar dari Rumah Lawang ke Rumah Joseph Senin (sepanjang jalan besar Beluru ke Long Lama) pula akan bermula tidak lama lagi.

Selain itu Pengeuang menegaskan bahawa Kompleks Sukan Beluru dan Dewan Masyarakat Sri Tinjar sekarang sedang dalam proses akhir reka bentuk dan akan ditender tidak lama lagi.

“Kesemua ini adalah projek rakyat yang telah di umumkan Ketua Menteri Sarawak di Lapok tahun lepas dan merupakan perancangan saya untuk jangkamasa lima tahun ini,” tambahnya.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Pembangunan infrastruktur luar bandar diutamakan
Next: 37, 673 OKU berdaftar di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.