Tun Wan Junaidi teruja terima Kad Emas Kenyalang

Facebook
WhatsApp
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah menerima Kad Emas Kenyalang (KGC) yang diserahkan oleh pegawai Astana Negeri di kediaman rasmi, Petra Jaya pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima Kad Emas Kenyalang (KGC) yang diserahkan oleh pegawai Astana Negeri di kediaman rasmi, Petra Jaya pagi tadi.

Program KGC ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Sarawak yang amat baik ditujukan khusus untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah menerima Kad Emas Kenyalang (KGC) yang diserahkan oleh pegawai Astana Negeri di kediaman rasmi, Petra Jaya pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Kad ini memberikan pelbagai manfaat seperti diskaun dan rebat untuk produk dari vendor-vendor yang menjadi rakan strategik kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas.

Secara keseluruhannya, KGC juga merupakan tanda penghargaan daripada kerajaan Sarawak kepada sumbangan warga emas kepada negeri dan masyarakat.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang telah memperkenalkan inisiatif seperti ini.