Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Kementerian Kerja Raya
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Kementerian Kerja Raya

Utusan Sarawak 3 months ago

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Kerja Raya (KKR) di Bilik Menghadap Utama, Astana Negeri Sarawak, 10.00 pagi tadi.

Delegasi yang diketuai Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dato’ Zainal Alhakab Seman, Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Wira Ir. Roslan Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Dato’ Ir. Sazali Harun, serta Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Zainora Zainal.

Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi KKR serta membincangkan isu-isu teknikal berkaitan pembangunan infrastruktur di Sarawak.

Tun Wan Junaidi pada kunjungan ini menzahirkan harapan agar KKR terus memperkukuh usaha dan meningkatkan koordinasi bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur di Sarawak berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan demi kesejahteraan rakyat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AirBorneo sinar usahawan wanita luar bandar ketengah produk desa  
Next: Setiap KIR terjejas banjir akan terima RM1,000 dalam masa terdekat  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.