Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima dua kunjungan hormat di Astana
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima dua kunjungan hormat di Astana

Utusan Sarawak 6 hours ago
KUNJUNGAN hormat pertama Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen), Mejar Jeneral Mohd Sobirin, kepada Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sejak dilantik sebagai Panglima 1 Divisyen Ke-32 pada 15 April lalu. Foto JaPEN Sarawak.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima dua kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak hari ini, mencerminkan hubungan erat antara institusi negeri, pasukan keselamatan dan agensi berkaitan.

Kunjungan hormat pertama melibatkan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen), Mejar Jeneral Mohd Sobirin yang mengadakan kunjungan rasmi pertama kepada Tun Wan Junaidi sejak dilantik sebagai Panglima 1 Divisyen Ke-32 pada 15 April lalu di Kem Muara Tuang.

Turut mengiringi beliau ialah isterinya, Noor Hamiza Suhami, Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) dan Briged Jeneral Dato Jafri Sulaiman bersama isteri, Datin Mastura Mahmud.

Sementara itu, kunjungan hormat kedua disempurnakan oleh Jawatankuasa Pengelola Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M yang diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

KUNJUNGAN hormat kedua disempurnakan oleh Jawatankuasa Pengelola Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M yang diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi. Foto JaPEN Sarawak

Kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan warkah persilaan kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bagi menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M yang akan berlangsung pada 16 dan 17 Jun ini di Miri.

Menurut jadual program, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi akan menghadiri majlis Doa Akhir Tahun 1447H dan Awal Tahun 1448H Peringkat Sarawak pada 16 Jun di Masjid At-Taqwa sebelum menghadiri majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M di Stadium Tertutup Miri pada keesokan harinya.

Turut hadir dalam kunjungan hormat berkenaan ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Ustaz Abang Burhanuddin Abang Masuine, Residen Bahagian Miri, Galong Luang serta anggota rombongan lain.

Kunjungan berkenaan bukan sahaja memperkukuh hubungan antara kepimpinan negeri dan pasukan keselamatan, malah menjadi simbol kesepaduan dalam menjayakan sambutan Maal Hijrah sebagai wadah memperteguh nilai perpaduan, keharmonian dan pembangunan ummah di Sarawak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perluasan Bandar Baharu Fasa II pacu pertumbuhan ekonomi di Daro
Next: RM15 juta Dana Khas Premier Sarawak kepada PPNS disalur suku ketiga tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.