Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi luang masa bersarapan bersama para hakim
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi luang masa bersarapan bersama para hakim

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, meluangkan masa untuk bersarapan bersama beberapa hakim di Tingkat 22, Sheraton Hotel, pagi tadi.

Turut hadir ialah Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim
Mahkamah Rayuan Dato’ Lim Chong Fong, Hakim Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Su Tiang Joo, dan isteri, Dato’ Sheila De Costa.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan.

Ini termasuk pengalaman para hakim dalam bidang kehakiman serta perkembangan semasa dalam sistem perundangan negara.

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas peranan penting yang dimainkan oleh institusi kehakiman dalam menegakkan keadilan dan memastikan keluhuran undang-undang terus terpelihara.

Selain itu, Dato’ Lim Chong Fong turut mengambil peluang untuk mendapatkan tandatangan Tun Wan Junaidi pada dua buku hasil penulisannya, A Policeman serta Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia Edisi Ketiga.

Para hakim berkenaan berada di Kuching sempena Majlis Hakim-Hakim Malaysia ke-58.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi hadir majlis jamuan negeri sempena Majlis Hakim-Hakim Malaysia ke-58
Next: Lebih 1,000 guru kontrak lapor diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.