Tun Wan Junaidi luang masa bersama keluarga ke Pusat Beli-Belah Vivacity

Facebook
WhatsApp
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah hari ini mengunjungi Pusat Beli-Belah Vivacitybagi tujuan pembelian  komputer riba baharu. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah  Mohd Sanusi hari ini mengunjungi Pusat Beli-Belah Vivacitybagi tujuan pembelian  komputer riba baharu.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah disambut mesra oleh Pengurus Pusat Beli-Belah Vivacity, Encik Jonathan Naming, yang mewakili pihak pengurusan.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah hari ini mengunjungi Pusat Beli-Belah Vivacitybagi tujuan pembelian  komputer riba baharu. Foto Astana Negeri Sarawak

Komputer riba milik Tun Wan Junaidi yang telah lama digunakan dilaporkan mengalami masalah prestasi sejak kebelakangan ini, sekali gus mendorong keperluan untuk digantikan dengan yang baharu.

Selesai urusan pembelian, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bersama ahli keluarga menuju ke Restoran Oriental Kopi untuk menikmati makan malam. Beliau berdua ditemani oleh anaknya, Sharifah Fariah dan Sharifah Nong-Jasima, serta sepupu Wan Mahdi.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah hari ini mengunjungi Pusat Beli-Belah Vivacitybagi tujuan pembelian  komputer riba baharu. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fazuiah juga kemudian menikmati kopi di Great Foodcourt@ Vivacity.

Sesi santai sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan,malah menjadi medan bertukar cerita serta mencipta kenangan bermakna.

Sebelum pulang, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah juga sempat bergambar dengan pengunjung yang bertegur sapa.

SOSMA bukan boleh dikenakan sewenang-wenangnya

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap semua jenis kesalahan jenayah