Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi kunjungi Bazar Ramadan Stutong
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi kunjungi Bazar Ramadan Stutong

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi mengunjungi Bazar Ramadan @ Stutong, yang berlangsung di kawasan tempat letak kereta Pasar Komuniti Stutong, sebentar tadi.

Kehadiran mereka disambut oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng.

Dalam kunjungan ini, Tun Wan Junaidi menzahirkan kegembiraan melihat kemeriahan bazar yang bukan sahaja menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa, tetapi juga mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat sepanjang bulan Ramadan.

“Saya menyeru para peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan dan memastikan kualiti bahan jualan terpelihara, kerana ini bukan sahaja memenuhi keperluan pelanggan, tetapi juga sebahagian daripada tanggungjawab dan amanah dalam mencari rezeki yang halal,” katanya.

Tun Wan Junaidi turut mengingatkan para pengunjung agar berbelanja secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.

“Ramadan mengajar kita untuk menghargai rezeki dan berkongsi dengan mereka yang kurang berkemampuan.

“Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menjadi peluang untuk kita memperbanyakkan amalan baik dan memperkukuhkan hubungan silaturahim,” tambahnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Majma Raya Fest kembali meriahkan Ramadan, Aidilfitri
Next: Hari pertama Bazar Ramadan Satok meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.