Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadir majlis Keman Kaul sempena Pesta Kaul 2025
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadir majlis Keman Kaul sempena Pesta Kaul 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETIBAAN DISAMBUT… Ketibaan Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi disambut dengan tarian selamat datang. Foto Astana Negeri Sarawak

MUKAH: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi berkenan menghadiri majlis Keman Kaul sempena Pesta Kaul 2025 dalam lawatan rasmi pertama di sini.

Tun Wan Junaidi selamat tiba di Lapangan Terbang Mukah pada 10.00 pagi tadi, diiringi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, bersama isteri, Datin Hajah Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.

TUN Wan Junaidi bersalaman dengan adik Alia Sapia yang menyampaikan sejambak bunga kepada Toh Puan Fauziah. Foto Astana Negeri Sarawak

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut mesra oleh Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah dan Penaung serta Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaul Mukah 2025,
Dato Hajah Hanifah Hajar Taib,

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telian Royston Valentine, Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh serta kenamaan tempatan lain.

Sempena ketibaan, Toh Puan Fauziah turut berkenan menerima sejambak bunga daripada adik Alia Sapia.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dato Sri Julaihi sempurnakan upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi
Next: Platfrom masyarakat setempat tingkatkan taraf ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.