Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Taib terima kunjungan hormat SUP Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Taib terima kunjungan hormat SUP Sarawak

Utusan Sarawak 4 years ago
AMIR Omar (tengah) semasa mengadakan kunjungan hormat bersama Tun Taib (kanan) di Demak Jaya, pagi semalam. Turut kelihatan Timbalan SUP Sarawak, Norizan Jili (kiri).

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri,Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan (SUP) Sarawak yang baharu, Dato’ Amir Omar sambil diiringi Timbalannya Norizan Jili di Demak Jaya, di sini, pagi semalam.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan memperkenalkan diri sebagai SUP yang baharu menggantikan Datuk Mohammad Shahabuddin Omar yang telah bersara wajib pada 3 April 2021 lalu.

Amir yang sebelumnya berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Ketua Setiausaha,Kementerian Sumber Manusia turut mendapatkan kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam usaha meningkatkan kualiti bidang pendidikan,pembangunan serta perhubungan ekonomi dan boleh membuka banyak peluang kerjaya.

Beliau turut berharap agar penjawat awam Sarawak akan terus berintegriti melaksana sistem tadbir urus dan bersama-sama membanteras gejala rasuah bagi menjayakan projek kerajaaan selain berhasrat memantapkan urusan keterbukaan tender serta audit.

Penjawat awam negeri Sarawak dinasihatkan agar menyokong Program Imunisasi Covid-19 bagi mengurangkan penularan wabak ini terutamanya
kakitangan kerajaan barisan hadapan termasuk para guru.

Continue Reading

Previous: Aplikasi Bandar Pintar diperluas
Next: MTMD setuju PPA ditubuhkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.