Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tumpukan pertanian moden
  • TEMPATAN

Tumpukan pertanian moden

Utusan Sarawak 5 years ago
SIMBOLIK PERASMIAN… Tan Sri William Mawan Ikom memukul gong sebagai tanda simbolik perasmian Majlis Program Outreach Komuniti Pertanian di Rumah Saba, Nunggang, pada Selasa lalu

PAKAN: Pertanian sara diri perlu diubah kepada pertanian moden bagi menaiktaraf sosioekonomi penduduk di luar bandar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom.

Katanya, ia merupakan peluang kepada penduduk setempat untuk menceburi bidang pertanian moden yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

“Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mempunyai perancangan dan strategi dalam membangunkan pertanian moden.

“Lapangan terbang di Bebuling, Spaoh, Betong yang dalam rancangan pembinaan adalah untuk memudahkan pemasaran produk-produk pertanian daripada pekebun-pekebun tempatan, termasuk di Pakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Program Outreach Komuniti Pertanian di Rumah Saba, Nunggang, pada Selasa lalu.

Tambahnya, pemasaran produk pertanian juga dapat dilakukan menerusi dalam talian.

“Boleh dikatakan semua kita ada telefon pintar.

“Ini bukan untuk hiburan semata-mata, tetapi gunakan telefon bimbit bagi memasarkan produk pertanian,” ujarnya.

Jelas beliau, kawasan DUN Pakan kini mempunyai liputan jalan raya dan elektrik kira-kira 97 peratus manakala bekalan air bersih kira-kira 60 peratus.

“Rangkaian jalan raya yang menghubungkan kawasan pertanian dengan bandar merupakan kunci utama dalam membangunkan sektor pertanian moden.

“Semua peluang untuk berniaga hasil pertanian kini sudah disediakan kerajaan. Adakah kita bersedia untuk menceburi pertanian berasaskan perniagaan? Produk pertanian kita sekarang berpotensi besar menjadi pemangkin untuk menaiktaraf sosioekonomi kita di kawasan luar bandar,” katanya lagi. Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar tuai-tuai rumah berperanan dalam menggalakkan pembabitan anak-anak buahnya dalam pertanian moden.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Vaksin anti-Rabies percuma jadi tumpuan
Next: Kelidieng 200 tahun dipamerkan di Muzium Budaya Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.