Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tumpu kemenangan PRN Sabah
  • NASIONAL

Tumpu kemenangan PRN Sabah

Utusan Sarawak 5 years ago

TANJUNG MALIM, 21 Ogos -- Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan (kiri) bersama Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz ketika sidang media selepas berkempen di Medan Selera Pekan Slim hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan (kiri) bersama Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz ketika sidang media selepas berkempen di Medan Selera Pekan Slim semalam.• Foto BERNAMA

TANJUNG MALIM: UMNO Sabah semalam diminta bersatu   bagi memastikan   parti   memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) September ini.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, soal siapa yang mengetuai jentera PRN Sabah tidak penting kerana matlamat utama adalah memperoleh kemenangan.

“Jangan berpecah belah. Kalau berpecah, itu resepi untuk kalah. Kalau belum masuk gelanggang lagi kita dah kalah tidak guna juga,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai beberapa pemimpin UMNO Sabah yang tidak bersetuju dengan pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah   Datuk Seri Bung Moktar Radin mengetuai  jentera   BN   menghadapi PRN Sabah kerana mempunyai kes di mahkamah.

Rabu lepas, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan adalah munasabah bagi Bung Moktar mengetuai jentera parti itu bagi menghadapi PRN Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Sabah diadakan pada 26 September dengan hari pencalonan 12 September dan pengundian awal pada 22 September.

Sementara itu, mengulas mengenai laporan bahawa   Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan PAS berada dalam jawatankuasa penaja bersama Bersatu untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN), Mohamad berkata UMNO menghormati pendirian dibuat PAS.

“PAS menyertai PN itu tidak ada apa-apa isu kerana dalam Muafakat Nasional (MN) kita tidak ada yang mengikat. PAS boleh sertai PN kerana MN pun bukan suatu badan yang didaftarkan, belum didaftarkan lagi kerana dalam kita punya piagam bekerjasama.

“UMNO telah membuat pendirian bahawa kami tidak menyertai PN dan PAS menghormati pendirian kami, dan PAS pula kata dia nak bersama untuk sertai PN, kami juga menghormati pendirian PAS,” katanya. Terdahulu, Mohamad bersama calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz beramah mesra dengan penduduk di medan selera di pekan Slim di sini. – Bernama

Continue Reading

Previous: PPM rampas 456 botol minuman keras
Next: PAS terima surat kesediaan Bersatu sertai MN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.