Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tujuh lelaki, seorang wanita tempatan diberkas terlibat judi dalam talian
  • JENAYAH

Tujuh lelaki, seorang wanita tempatan diberkas terlibat judi dalam talian

Utusan Sarawak 2 years ago

Antara suspek yang ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian menerusi lapan Operasi Dadu pada 6 hingga 12 Februari lalu.

KUCHING: Seramai tujuh lelaki dan seorang wanita ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kesemua warga tempatan itu dicekup menerusi lapan Operasi Dadu pada 6 hingga 12 Februari lalu.

Katanya, operasi dijalankan oleh Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sekitar daerah ini terutama di kawasan pentadbiran Balai Polis Gita.

“Sebanyak lapan kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perjudian dalam talian yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 sehingga RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM649 dan lapan unit telefon bimbit serta beberapa keping keratan kertas bertulis kata laluan dan angka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Ahsmon memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti perjudian di Daerah Kuching dan laporkan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Penganggur dipenjara tiga tahun, pecahkan mesin CDM
Next: Lelaki dijatuhi hukuman akibat salah guna dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.