Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tujuh lelaki ditahan berjudi
  • NASIONAL

Tujuh lelaki ditahan berjudi

Utusan Sarawak 4 years ago
AIDI Sham Mohamed

SEREMBAN:  Polis menahan tujuh lelaki termasuk warga emas ketika sedang leka berjudi di kebun Tanah Merah Site A, Port Dickson dan dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed(gambar) berkata ketika serbuan kira-kira 5.45 petang itu, tujuh lelaki berumur 24 hingga 74 tahun itu sedang berjudi di sebuah pondok di kebun buah terbabit.

“Ketika serbuan sekumpulan lelaki sedang mengelilingi sebuah meja tanpa menjaga penjarakan fizikal dan beberapa orang cuba melarikan diri namun dapat ditahan. Polis merampas perkakasan perjudian, antaranya tiga piring, dadu, serta wang tunai sebanyak RM11,647,” katanya, dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.

Jelas Aidi Sham, polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan kerajaan dalam mengawal jangkitan pandemik Covid-19 selain menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP sepanjang tempoh PKP. — Bernama

Continue Reading

Previous: MySejahtera pantau had dua jam pelanggan
Next: KPPA tegur penjawat awam isu tidak cekap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.