Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tujuh lelaki aktif pecah rumah, kedai ditahan
  • TEMPATAN

Tujuh lelaki aktif pecah rumah, kedai ditahan

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Suspek dibawa ke Balai Polis Pusat miri untuk tindakan lanjut.

MIRI: Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang dipercayai bergiat aktif melakukan kegiatan jenayah pecah rumah dan kedai di sekitar bandar raya ini ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa.

Kesemua suspek berumur antara 23 hingga 36 tahun itu ditahan sekitar jam 8 pagi di empat lokasi berasingan di Permyjaya.

Tangkapan itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah yang diketuai Inspektor Fredly Juing.

Susulan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah dan kedai di sekitar Permyjaya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Continue Reading

Previous: Yusuf Abd Wahab Pengerusi CIDB baharu
Next: 39 kampung terima sumbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.