Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tujuh Ketua Kaum terima sijil pelantikan
  • TEMPATAN

Tujuh Ketua Kaum terima sijil pelantikan

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH… Datuk Francis Harden Hollis menyerahkan Sijil Pelantikan Ketua Kaum kepada KK Sharaai Abdul Rahim sambil disaksikan oleh Mohd Ashree Wee (dua, kiri) dan Penghulu Mingging Sigan di Bandar Simanggang.

SIMANGGANG: Seramai tujuh Ketua Kaum dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang telah menerima Sijil Pelanjutan dan Pelantikan bagi jawatan berkenaan di sini baru-baru ini.

Tiga dari empat Ketua Kaum yang menerima sijil berkenaan adalah Tuai Rumah (TR) James Duju dari Kampung Paku Ulu, Undop, TR Grain Kom dari Kampung San Munggor dan TR Jubang Lukang dari Kampung Temiang Jembatan, Batu Lintang.

Mereka yang lain adalah TR Numpang Jimi dari Taman Tiara, TR Hillary Kerish Sanjan dari Taman Vistagro, TR Batu@Dunstan Jawah dari Taman Teratai dan Ketua Kampung (KK) Sharaai Abdul Rahim dari Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa 1 (Kaum Melayu).

Kesemua tujuh individu berkenaan telah pun menerima sijil masing-masing daripada Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis ringkas penyerahan sijil itu adalah Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee dan Ketua Masyarakat Kaum Iban kawasan Batu Lintang, Undop, Penghulu Mingging Sigan.

TR James Duju, Tr Grain Kom, TR Jubang Lukang, TR Numpang Jimi, Tr Hillary Kerish dan TR Batu@Dunstan Jawah masing-masing telah menerima Sijil Pelanjutan Ketua Kaum, berkuat kuasa selama setahun pada majlis ringkas itu.

Sementara itu jawatan KK untuk Sharaai Abdul Rahim pula adalah merupakan satu lantikan baharu bagi bidang kuasa RPR Fasa 1 (penempatan Kaum Melayu) yang terletak berdekatan bandar ini.

Ashree ketika berucap pada majlis itu menegaskan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) pada zaman sekarang menggalas cabaran dan tanggungjawab yang sangat berbeza berbanding zaman yang dahulu.

Jelas beliau KMKK terpaksa mengharungi cabaran dan tanggungjawab berbeza disebabkan oleh perkembangan dunia perkongsian maklumat yang disebabkan oleh kemunculan pelbagai gajet moden.

“Ketua Kaum iaitu Tuai Rumah atau Ketua Kampung mestilah bersedia menerima perubahan alaf baru dalam kepimpinan dan pengurusan organisasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung masing-masing.

“Perubahan araf baharu berkenaan bermula dari tahun 2019 setelah kerajaan bertindak memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada KMKK sebagai penanda aras pencapaian secara berdokumentasi.

“Bagaimanapun KPI ini bukanlah diwujud untuk membebankan tugas mereka sebaliknya bertindak sebagai garis panduan buat KMKK dalam melaksana tugas untuk rakyat di bawah bidang kuasa masing-masing,” kata beliau.

Ashree turut menambah pengenalan KPI akan membolehkan pencapaian prestasi KMKK diukur dan seterusnya dinilai bagi menentukan kelayakan masing-masing untuk meneruskan perkhidmatan itu kelak.

“Saya memohon kepada KMKK agar memenuhi KPI yang ditetapkan oleh kerajaan. Tindakan itu penting demi mempertingkat usaha kerajaan bagi memperkasakan lagi proses pembangunan negeri hingga ke peringkat akar umbi,” kata beliau.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Tun Taib terima kunjungan SUP Sarawak
Next: Tidak vaksinasi anjing boleh didenda RM2,500

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.