Tujuh kawasan Sarawak masih catat IPU tidak sihat setakat 8.00 malam

Facebook
WhatsApp
DATA pemantauan kualiti udara menunjukkan IPD Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak iaitu 177 setakat 8.00 malam ini. Foto janaan AI

KUCHING: Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat 8.00 malam ini, dengan Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 177.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, IPD Serian mencatat bacaan 177, diikuti Samarahan (168), Kuching (167), Sri Aman (159), Sarikei (156), Bintulu (153) dan Mukah (152).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, Sibu mencatat bacaan 113 dan turut berada dalam kategori tidak sihat, manakala Samalaju (99), Miri (97), ILP Miri (88), Kapit (67) dan Limbang (58) berada pada tahap sederhana.