Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tujuh jambatan dibuka di Sarawak
  • TEMPATAN

Tujuh jambatan dibuka di Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Sebanyak tujuh projek jambatan di Sarawak dijangka siap dan dibuka untuk kegunaan orang ramai menjelang akhir tahun ini, menurut Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar).

Jambatan terbabit ialah Batang Lupar 1, Batang Saribas 1, Batang Limbang, Batang Lingga, Batang Igan, Batang Sebauh dan Sejingkat.

“Setakat tahun ini, kita telah membuka empat jambatan termasuk Jambatan Bintulu-Jepak yang ikonik baru-baru ini, Jambatan Muara Lassa, Jambatan Marudi dan hari ini, Jambatan Batang Rajang,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, beliau menghadiri majlis Prapelancaran Jambatan Batang Rajang sepanjang 1.4 kilometer (km) di Sarikei.

Projek itu, yang menelan kos sebanyak RM321 juta, turut membabitkan pembinaan Jalan Long Pasi/Tanjung Manis/Sibu sepanjang 17 km.

Jambatan dan jalan itu akan mengurangkan tempoh perjalanan dari Tanjung Manis ke Sibu kepada sekitar sejam berbanding dua jam 30 minit menggunakan jalan lama.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pemakaian lencana Jalur Gemilang: Disambut positif, semarak patriotisme
Next: 50 pasukan berentap, berebut piala

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.