Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tugas KMKK semakin mencabar
  • Tengah
  • WILAYAH

Tugas KMKK semakin mencabar

Utusan Sarawak 1 month ago
LAWATAN KERJA…. Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Ketua Kaum di Pejabat Daerah Saratok, kelmarin. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Dewasa ini tugas Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kian mencabar selaras dengan peredaran masa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Sehubungan itu katanya, KMKK diharap bersedia dan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi masing-masing.

“KMKK perlu memahami sepenuhnya tugas dan tanggung jawab mereka sebagai seorang ketua pembimbing terutama di peringkat akar umbi.

“KMKK juga harus mempunyai visi dan misi dalam mentadbir serta sentiasa berhubung dengan pihak pejabat daerah bagi membincangkan isu berkaitan pentadbiran dan pertukaran pendapat dalam pelbagai aspek.

“Seorang KMKK juga harus sentiasa bersikap terbuka dan jangan terbawa-bawa perasaan terutama bila berurusan dengan masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Ketua Kaum di Pejabat Daerah Saratok, di sini kelmarin.

Mohamad Duri berkata tugas KMKK yang semakin mencabar di zaman sekarang dan mereka adalah merupakan jambatan yang menghubungkan antara kerajaan dan rakyat bagi mencari penyelesaian yang terbaik kepada setiap permasalahan rakyat.

“Integriti, toleransi yang tinggi dan proaktif amat dituntut dalam menjalani tugasan seharian di samping menjalani kehidupan bersama keluarga.

“Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama pihak KMKK di Daerah Saratok, Pejabat Daerah Kecil Roban dan Daerah Kabong kerana keperihatinan dan bekerja secara berpasukan dalam bersama membantu masyarakat di kawasan bidang kuasa masing-masing.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Penghulu Rajali Bujang dan Penghulu Loya Seman.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kebangkitan pemimpin teruskan tradisi kebanggaan SHOSA
Next: Pelan Induk Komprehensif gembirakan masyarakat Daerah Subis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.