Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TUDM lakukan penerbangan ihsan pesakit
  • TEMPATAN

TUDM lakukan penerbangan ihsan pesakit

Utusan Sarawak 5 years ago
PENERBANGAN IHSAN… TUDM melaksanakan penerbangan ihsan dengan membawa pesakit warga emas yang menghidap penyakit jantung ke Pusat Jantung Sarawak, semalam.

KUCHING: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan dengan membawa pesakit warga emas berusia 71 tahun yang menghidap penyakit jantung ke Pusat Jantung Sarawak, semalam.

Menurut kenyataan TUDM penerbangan ihsan menggunakan pesawat pengangkut A400M dari No. 22 Skuadron dengan membawa pesakit Wan Ujang @ Wan Ali Tuanku Sait.

“Pesawat diterbangkan oleh Mej Khairul Ikhmal Ishak dan Kapt Mohammad Ridhwan Yahaya selaku pembantu juruterbang bersama tiga orang anak kapal telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Pangkalan Udara Kuching pada 7.32 pagi.

“Penerbangan yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit ini selamat mendarat pada 9.00 pagi,” kata kenyataan tersebut, semalam.

Tambah kenyataan itu, pesakit sebelum ini telah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dan kini akan mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Jantung Sarawak bagi memudahkan penjagaan oleh keluarga pesakit.

“Tanggungjawab sosial dilaksanakan oleh TUDM khusus bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

“Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu ke arah memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus terjaga,” ujarnya.

TUDM turut mengucapkan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga kerja termasuk dari Cabang Pergerakan Udara, PU Subang serta anak kapal dan juga doktor dan petugas

perubatan dari IJN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: 30,000 penduduk terima khidmat Bomba Selangau
Next: Pemandu selamat, lori terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.