Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tuai rumah harus punya kelayakan akademik
  • TEMPATAN

Tuai rumah harus punya kelayakan akademik

Utusan Sarawak 5 years ago
SELAMAT DATANG… Datuk John Sikie Tayai disambut oleh penduduk rumah panjang dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

TATAU: Tuai Rumah yang dipilih untuk memimpin sesebuah rumah panjang bukan sahaja harus mempunyai kredibiliti yang tinggi tetapi sekurang-kurangnya memiliki kelayakan akademik yang secukupnya.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, sudah tiba masanya untuk penduduk rumah panjang memikirkan ke arah tersebut supaya pemimpin mereka mampu mendepani perubahan zaman yang kian mencabar khususnya dalam dunia teknologi masa kini.

“Lantikan tuai rumah yang baharu harus mempunyai kelayakan akademik sekurang kurangnya tamat Tingkatan 3 dan harus tahu membaca dan menulis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Nanang, Sungai Senunok, Kakus, Tatau.

Menurutnya, tugas sebagai seorang Ketua Kaum bukanlah mudah seperti mana disangkakan memandangkan mereka perlu seiring dengan perkembangan semasa.

“Setiausaha JKKK harus tahu menggunakan komputer, ini kerana setiap minit mesyuarat harus dihantar ke Pejabat Daerah sekurang kurangnya 6 kali setahun”

“Kerajaan negeri juga telah meluluskan untuk membayar elaun setiausaha JKKK sebanyak RM300 sebulan,” katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan bahawa Tuai Rumah atau Ketua Kaum adalah jambatan antara kerajaan dengan penduduk.

“Mereka harus bekerjasama dengan wakil rakyat dan kerajaan yang memerintah untuk memastikan pembangunan terus dilaksanakan,” katanya.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: 12 pelajar cemerlang terima hadiah galakan
Next: Abang Jo selamat tiba di Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.