Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tuai rumah dan ketua kampung sebar luas projek kerajaan
  • TEMPATAN

Tuai rumah dan ketua kampung sebar luas projek kerajaan

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis semasa hadir pada majlis penyerahan tapak projek RTP di sekitar kawasan DUN Simanggang dekat sini semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Tuai rumah mahupun ketua kampung disaran untuk menyebarkan keterangan projek kepada masyarakat di kawasan nereka melalui peruntukan kerajaan Sarawak yang disalurkan melalui wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berjumlah RM5 juta setahun.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata ini penting agar rakyat dapat mengikuti perkembangan terkini tentang pelaksanaan program atau projek pembangunan kerajaan di negeri ini.

“Saya berharap penduduk yang mengetahui cerita sebenar mengenai projek yang diserahkan oleh wakil rakyat berkongsi cerita kepada penduduk yang tidak hadir bahawa kerajaan Sarawak dibawah GPS sentiasa komited dalam memastikan kemudahan penduduk dapat disediakan.

“Penduduk diingatkan untuk memanfaatkan kemudahan seperti jalan raya dan jambatan dengan usaha meneroka tanah untuk aktiviti pertanian supaya dapat meningkatkan taraf kehidupan ke tingkat yang lebih tinggi lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada majlis penyerahan tapak projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang dekat sini semalam.

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis semasa hadir pada majlis penyerahan tapak projek RTP di sekitar kawasan DUN Simanggang dekat sini semalam. Foto: ADUN Simanggang

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata tuai rumah serta ketua kampung yang telah dilantik perlu memikul tanggungjawab untuk menyebarkan dasar pembangunan kerajaan pimpinan GPS terhadap rakyat di kawasan mereka.

“Saya yakin proses transformasi pembangunan luar bandar termasuk DUN Simanggang akan dapat dijayakan dengan lancar sekiranya tuai rumah dan ketua kampung memainkan peranan mereka dengan efektif,” ujarnya.

Dalam pada itu, lokasi pertama penyerahan tapak projek ialah projek menaik taraf sistem saliran di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah di bawah agensi pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sri Aman.

Penyerahan tapak projek berkenaan dilakukan oleh Jurutera DID Bahagian Sri Aman, Mazolizam Mohamad kepada Victor Billie selaku pemilik Vistamas Enterprise.

 Projek dengan kos RM500,000 daripada peruntukan RTP itu diperolehi melalui tender dan tempoh pembinaan selama empat bulan bermula dari 28 April lalu hingga 27 Ogos tahun ini.

Lokasi serahan tapak projek kedua oleh agensi pelaksana Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) ialah menukar atap Rumah Rengkang, Lepong Empeliau yang mempunyai 19 keluarga dengan kos RM200,000.

Serahan tapak projek ketiga di bawah agensi pelaksana MDSA ialah projek baik pulih Rumah Wiss Juing Paku Ili dengan peruntukan RM100,000 kepada Syarikat An-Nas dan bakal memanfaatkan 17 buah keluarga. Tempoh pembinaan projek tersebut selama tiga bulan bermula dari 9 Mei lalu hingga 8 Ogos nanti.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bako Day 2025 meriah: Kukuhkan komuniti, promosi pelancongan tempatan
Next: Sarawak komited transformasi sektor pertanian menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.