Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump umumkan perjanjian perdagangan utama hari ini
  • GLOBAL

Trump umumkan perjanjian perdagangan utama hari ini

Utusan Sarawak 1 day ago
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan sidang media pada hari ini bagi mengumumkan satu perjanjian perdagangan utama yang melibatkan sebuah negara yang disifatkannya sebagai besar dan amat dihormati menurut hantaran di platform Truth Social miliknya.

Sidang media itu dijadual berlangsung pada 10.00 pagi waktu timur AS (14:00 GMT), namun Trump tidak mendedahkan negara yang terlibat dalam perjanjian berkenaan, lapor Reuters.

Pengumuman ini dibuat ketika laporan mengenai rundingan perdagangan peringkat tinggi antara AS dan China sedang berlangsung di Switzerland.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), Kementerian Luar China pada Rabu mengesahkan Naib Perdana Menteri He Lifeng akan bertemu Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent di Switzerland bagi rundingan isu berkaitan tarif.

He Lifeng, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan China-AS akan mengetuai delegasi China ke Switzerland dari Jumaat hingga Isnin.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dilaporkan berkata mesyuarat itu diadakan atas permintaan AS.

Rundingan diadakan susulan ketegangan perdagangan yang meningkat antara kedua-dua negara baru-baru ini.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: World Central Kitchen kehabisan bekalan makanan di Gaza
Next: India serang kompleks kesihatan, pendidikan Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.