Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump tarik diri daripada temu bual pilihan raya di CBS “60 Minutes”
  • GLOBAL

Trump tarik diri daripada temu bual pilihan raya di CBS “60 Minutes”

Utusan Sarawak 7 months ago

NEW YORK: Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republikan, Donald Trump membatalkan temu bual televisyen di saluran CBS, umum program “60 Minutes” di platform X semalam, lapor Aagensi Berita Jerman (dpa).

Jurucakap kempen Trump, Steven Cheung, menafikan dakwaan bekas presiden itu bersetuju untuk menyertai temu bual itu, dengan menulis di X bahawa “terdapat perbincangan awal, tetapi tiada apa-apa yang dijadualkan atau disahkan.”

Program itu juga menyatakan bahawa calon Demokrat, Kamala Harris akan tampil seperti yang dirancang dalam siaran pada Isnin dan jemputan asal untuk Trump masih terbuka.

Program “60 Minutes” menyatakan bahawa ia telah menemu bual calon presiden selama lebih 50 tahun.

Bagaimanapun, Cheung berkata CBS telah menegaskan semakan fakta secara langsung untuk program tahun ini, yang dianggap “tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Harris dan Trump bertanding dalam pilihan raya presiden AS pada 5 Nov. Berikutan debat televisyen yang dihoskan oleh saluran ABC pada 10 September, Harris menyeru untuk debat kedua, manakala Trump menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam debat seterusnya. – Bernama – dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Misteri kehilangan rakyat Malaysia di Bangkok
Next: Taufan Krathon: Lebih 200 penerbangan di Taiwan dibatalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.