Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump menyebut ‘Biden’ 316 kali dalam tempoh 50 hari, kebanyakan nada negatif – laporan
  • GLOBAL

Trump menyebut ‘Biden’ 316 kali dalam tempoh 50 hari, kebanyakan nada negatif – laporan

Utusan Sarawak 2 months ago

Donald Trump (kiri) dan Joe Biden

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan telah menyebut nama bekas presiden Joe Biden, sekurang-kurangnya 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya, dengan hampir kesemuanya dalam konteks negatif, menurut analisis yang diterbitkan oleh The New York Times dan dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.  

Dalam tempoh itu, Trump menyebut nama “Biden” secara purata 6.32 kali sehari, menjadikannya antara istilah yang paling kerap digunakannya. Malah, beliau dilaporkan menyebut “Biden” lebih kerap berbanding “Amerika”.

Penganalisis politik daripada Parti Demokrat, James Carville, berpendapat bahawa tindakan Trump itu bertujuan untuk membentuk persepsi awam terhadap sebarang kemungkinan masalah ekonomi yang mungkin timbul susulan dasar perdagangan yang dilaksanakannya.  

Sementara itu, pakar strategi Republikan, Kellyanne Conway berpandangan bahawa Trump menyedari tahap populariti Biden yang semakin merosot, justeru beliau sentiasa berusaha untuk mengingatkan rakyat mengenai keadaan negara yang diwarisinya.  

Dalam perkembangan berkaitan, semasa tahun pertama pentadbirannya, Biden dilihat mengelak daripada menyebut nama Trump secara langsung dan sebaliknya merujuk kepada beliau sebagai “lelaki sebelum ini”.  — BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Continue Reading

Previous: Gempa bumi: Thailand siasat punca bangunan dalam pembinaan musnah
Next: Trump ‘restui’ hubungan Woods, bekas menantunya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.