Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trent Alexander-Arnold akan tinggalkan Liverpool selepas 20 tahun
  • GLOBAL

Trent Alexander-Arnold akan tinggalkan Liverpool selepas 20 tahun

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PEMAIN bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

ISTANBUL: Pemain bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini apabila kontraknya tamat pada 30 Jun, sekali gus menamatkan ikatan selama 20 tahun bersama gergasi Liga Perdana Inggeris itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai akademi Liverpool pada usia enam tahun dan membuat 352 penampilan bersama skuad utama serta menjaringkan 23 gol untuk pasukan utama sejak 2016.

“Selepas memberikan segala-galanya setiap hari selama 20 tahun, saya kini sampai ke satu tahap saya rasa perlukan perubahan, satu cabaran baharu sebagai pemain bola sepak dan juga sebagai insan,” kata Alexander-Arnold dalam kenyataan yang dikeluarkan kelab.

“Saya rasa ini masa yang tepat untuk berbuat demikian. Banyak yang saya ingin katakan kepada  penyokong, tetapi yang paling penting, terima kasih. Anda bersama saya sejak dari mula. Saya sentiasa merasai sokongan dan kasih sayang anda, setiap detik amat bermakna.”

Pemain antarabangsa England itu adalah watak penting dalam kejayaan terkini Liverpool, memenangi lapan trofi utama bersama kelab: satu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua Piala Liga, masing-masing satu kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA, Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab FIFA, Piala FA dan Perisai Komuniti.

Sekalipun destinasi baharunya belum disahkan, namun Alexander-Arnold dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi Sepanyol, Real Madrid.

-Bernama-Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Polis gagalkan cubaan bom konsert Lady Gaga
Next: Pentadbiran Trump gantung geran penyelidikan persekutuan baharu kepada Harvard

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.