Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trak bawa bantuan mula memasuki Gaza – PBB
  • GLOBAL

Trak bawa bantuan mula memasuki Gaza – PBB

Utusan Sarawak 4 months ago

Barisan trak membawa bantuan kemanusiaan bersiap siaga untuk memasuki Gaza susulan pelaksanaan gencatan senjata antara Hamas dengan Israel, hari ini

GENEVA: Barisan trak membawa bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza, hari ini, setelah perjanjian gencatan senjata antara Hamas dengan Israel berkuat kuasa, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Trak-trak pertama yang membawa bekalan sudah mula masuk sejurus selepas gencatan senjata berkuat kuasa, pagi Ahad.

“Sejak beberapa hari lalu, usaha besar-besaran dilakukan oleh rakan-rakan kemanusiaan untuk memuatkan bekalan bantuan yang melonjak, sekali gus bersiap siaga mengagihkannya ke seluruh Gaza.”

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Interim Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), agensi bantuan untuk wilayah Palestin, Jonathan Whittall, dalam hantaran melalui X, hari ini.

Bagaimanapun, PBB tidak memberikan butiran mengenai tempat di mana penghantaran bekalan bantuan terbabit memasuki Gaza.

Namun, sumber Mesir yang enggan namanya didedahkan, berkata sebanyak 197 trak membawa bantuan dan lima lagi dengan muatan bahan api telah masuk melalui lintasan Kerem Shalom yang terletak antara Gaza dengan Israel, dan juga al-Oga serta Nitzana (Mesir-Israel). – AFP

Continue Reading

Previous: Anjing bantu usaha cari mangsa kebakaran Los Angeles, ramai masih hilang
Next: Padah sebut ‘saya mahu pesawat terhempas, bunuh semua orang’, kena jel 8 minggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.