Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tragedi Elmina: Bedah siasat selesai, jenazah diserah kepada wakil keluarga pagi ini
  • NASIONAL

Tragedi Elmina: Bedah siasat selesai, jenazah diserah kepada wakil keluarga pagi ini

Utusan Sarawak 2 years ago
Orang ramai serta ahli keluarga membantu membawa keluar jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai allahyarham Datuk Seri Johari Harun dari Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang selepas selesai solat jenazah untuk urusan pengkebumian hari ini. FotoBERNAMA

KLANG: Polis sudah mengesahkan identiti semua 10 mangsa nahas kapal terbang terhempas di Bandar Elmina, Khamis lepas, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, sembilan lagi mangsa adalah Shahrul Kamal Roslan, 41, Heikal Aras Abdul Azim, 45, Muhammad Taufik Mohd Zaki,37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, Idris Abdul Talib @ Ramali, 41, Sharipudin Shaari, 51 dan Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32.

“Saya ingin maklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Jabatan Kimia Malaysia telah selesai proses bedah siasat dan ujian pengecaman.

“Kita telah terima ujian DNA hampir kesemua sampel yang dihantar sebelum ini. Kita telah putuskan semalam yang semua mangsa yang terlibat dalam nahas itu telah dikenal pasti dan bersedia untuk diserahkan kepada wakil keluarga pada pagi ini,” katanya dalam sidang media terakhir di Jabatan Forensik HTAR di sini, hari ini.

Katanya, proses pengecam dan padanan yang digunakan adalah kaedah cap jari, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan odontologi (pengecaman identiti melalui gigi).

Hussein turut mengesahkan bahawa tiada lagi mangsa lain yang terlibat selain daripada 10 mangsa nahas tersebut. 

“Saya juga mengesahkan bahawa tiada lagi mana-mana individu yang terlibat dan terkorban dalam nahas itu, hanya 10 mangsa ini sahaja. Lapan mangsa dari dalam pesawat dan dua di  jalan raya berkenaan,” katanya.

Beliau berkata proses pengecaman serta padanan DNA agak sukar, dan pada mulanya ia dijangka mengambil masa sehingga tiga hari untuk disiapkan.

“Walaupun begitu, saya dapati semua proses itu dipermudahkan dan inilah yang paling cepat saya lakukan, kita dapat selesaikan sehari awal kerana (mulanya) kita jangka selesai pada hari Isnin. Alhamdulillah, banyak urusan itu dipermudahkan dan ia selesai pada tengah malam tadi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, proses pengurusan jenazah seterusnya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga selesai.

“Pasukan JAIS akan menerima jenazah ini pada pagi ini dan akan uruskan proses pengurusan mayat sehingga selesai. Solat jenazah akan diatur dengan kenderaan van jenazah yang telah diminta waris atau keluarga mereka selain polis akan menyedia polis pengiring sehingga ke destinasi,” katanya.

Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang Khamis lepas menyaksikan sebuah pesawat ringan terhempas dan mengorbankan kesemua dua kru dan enam penumpang selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing yang melalui tempat kejadian. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan Perkeso
Next: Tragedi Elmina: Polis rakam keterangan tiga pemilik kamera papan pemuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.