SINGAPURA: Perarakan Hari Kebangsaan Singapura kali ke-55 (NDP 2020) dengan tema ‘Together, A Stronger Singapore’ berlangsung se- malam dengan format agak berbeza di tengah-tengah musim pandemik koronavirus (Covid-19) kira-kira se- bulan selepas negara itu mengadakan Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020).
Buat pertama kali, acara biasa seperti terbang lintas lalu bendera Singapura, pertunjukan enam jet pejuang F-15SG dan terjunan bebas (payung terjun) oleh pasukan Red Lions dilakukan di lokasi berbeza termasuk lapan hospital bertujuan un- tuk memberi tabik hormat kepada petugas barisan hadapan.
Padang sekali lagi menjadi lokasi acara tersebut yang menyaksikan jumlah kontinjen telah dikurangkan sebagai langkah untuk membendung penularan wabak tersebut.
Sebagai mematuhi lang-kah jarak fizikal yang sela-mat, hanya Angkatan Tentera Singapura dan Pasukan Polis Singapura menyertai perbarisan tersebut, masing- masing menghantar 36 anggota untuk setiap kontinjen, separuh daripada 72 peserta pada tahun-tahun sebelum ini.
Ia dihadiri kira-kira 150 penonton termasuk Presiden, Halimah Yacob bersama para menteri dan bakal ahli Parlimen serta wakil daripada orang awam.
Acara sambutan yang berlangsung sepanjang hari dengan pelbagai acara me- narik khas untuk para pen- duduk yang menyaksikan dari rumah itu juga me- nampilkan kelainan menerusi perarakan aset dan senjata perang di seluruh negara bandar terbabit.Selain itu, ia juga dimeriah- kan dengan persembahan bunga api di 10 lokasi terma- suk Bishan, Punggol, Tam-pines dan Woodlands. – AFP