Pesawat ANA lakukan manuver mengelak sebelum mendarat di Lapangan Terbang Haneda

Facebook
WhatsApp
PESAWAT All Nippon Airways (ANA) Penerbangan 968 melakukan manuver mengelak ketika menghampiri Lapangan Terbang Haneda di Tokyo selepas sistem pengelakan pelanggaran diaktifkan.

TOKYO: Sebuah pesawat All Nippon Airways (ANA) dari Shanghai melakukan manuver mengelak ketika menghampiri Lapangan Terbang Haneda sekitar 6.00 pagi Selasa, menurut syarikat penerbangan itu, lapor Kyodo News.

Sistem pengelakan pelanggaran pesawat ANA Penerbangan 968 diaktifkan ketika pesawat itu menghampiri lapangan terbang di Tokyo.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan sebuah lagi pesawat dipercayai berada terlalu hampir, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan 197 penumpang dan anak kapal. – Bernama-Kyodo