Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tradisi kunjung-mengunjung perkukuh perpaduan kaum di Baram
  • Utara
  • WILAYAH

Tradisi kunjung-mengunjung perkukuh perpaduan kaum di Baram

Utusan Sarawak 3 hours ago
SELAMAT GAWAI… Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkunjung ke kediaman Ketua Masyarakat Iban Marudi, Pemanca Randie Bundan di Rh Joseph Chon, Sungai Brit, Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Amalan kunjung-mengunjung dan tradisi rumah terbuka semasa musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Hari Gawai dan Krismas merupakan antara kunci utama dalam merapatkan jurang serta mengeratkan silaturahim antara kaum.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, budaya tersebut menjadi pemangkin penting dalam memperkukuhkan perpaduan menerusi perkongsian budaya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Menurut beliau, aktiviti kunjung-mengunjung atau ‘ngabang’ yang diamalkan masyarakat di Baram mencerminkan keunikan masyarakat majmuk yang sentiasa hidup dalam suasana aman, harmoni dan bersatu padu.

“Amalan ‘ngabang’ semasa musim perayaan perlu terus dijadikan landasan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum,” katanya ketika mengadakan kunjungan Hari Gawai di kawasan Poyut-Lubok Nibong, di sini.

UCAPAN GAWAI… Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala bersama tetamu lain mengangkat gelas minuman sambil mengucapkan Selamat Hari Gawai di kediaman Penghulu Jimbau, Rh Ganing, Sungai Gudang. Foto Jiku Juguong

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata, sambutan Hari Gawai terus menjadi nadi keharmonian dan perpaduan masyarakat di Daerah Baram.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap tradisi ‘ngabang’ dapat dikekalkan dan diperkukuhkan sebagai usaha mempererat hubungan rakyat pelbagai kaum serta menjadi pemangkin kepada kemakmuran daerah tersebut.

Pada hari kedua sambutan Gawai, Datuk Gerawat bersama rombongan telah mengadakan kunjungan ke lima rumah panjang di kawasan Poyut-Lubok Nibong iaitu Rumah (Rh) Joseph Chon, Sungai Brit; Rh Saut, Sungai Sebatang; Rh Treedie, Sungai Sengkabang; Rh Gawong, Sungai Selejau Asal; dan Rh Ganing, Sungai Gudang.

MERIAH… Datin Esther Balan bersama Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Marudi, Kaunselor Yanti Nyanggau dan yang lain mempersembahkan tarian ngajat mengelilingi pokok renyai di Rh Ganing, Sungai Gudang. Foto Jiku Juguong

Beliau bersama rombongan meneruskan kunjungan ke empat lagi rumah panjang iaitu Rh Francis, Padang Kerbau A; Rh Sigan, Sungai Muam; Rh Bonny, Sungai Babi; dan Rh Judan, Sungai Dabai, hari ini.

Rombongan tersebut turut disertai oleh isteri beliau, Datin Esther Balan, Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, kaunselor serta ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Mulu.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Perpaduan rumah panjang jadi asas kemajuan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.