Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • TPN lancar projek perintis secara maya
  • BISNES

TPN lancar projek perintis secara maya

Utusan Sarawak 5 years ago
PERBADANAN Produktiviti Malaysia (MPC) telah melancarkan projek perintis untuk Malaysia Virtual Experience (MyVXp).

KUALA LUMPUR: Tourism Productivity Nexus (TPN), yang disokong oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah melancarkan projek perintis untuk Malaysia Virtual Experience (MyVXp).

MyVXp adalah pakej pengalaman dalam talian yang menampilkan tarikan, destinasi dan produk pelancongan di Malaysia, ia adalah kebiasaan baharu dalam pelancongan, pengembaraan secara maya dan pelancong maya.

“Model ini juga dijangka dapat menjadi salah satu alat pemasaran untuk meningkatkan tarikan pelancong dan desitinasi sebaik sahaja aktiviti pelancongan mula meningkat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam merealisasikan inisiatif ini, TPN dan MPC telah mengenalpasti model perniagaan menampilkan kegiatan utama, sumber, perkongsian, kos, cadangan nilai, hubungan pelanggan, saluran, pelan pemasaran, cara pembayaran dan aliran pendapatan.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman mengatakan, model itu sesuai dengan usaha MPC dalam memanfaatkan teknologi untuk menjadi pemangkin pertumbuhan produktiviti ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuat kuasa kerana pandemik Covid-19.

“Sejak pelaksanaan PKP, MPC telah berusaha menggunakan teknologi dan digitalisasi untuk meningkatkan produktiviti industri,” katanya.

Sementara itu, Ketua TPN, Uzaidi Udanis berkata, MyVXp adalah tempat pengujian untuk produk pelancongan, segmen pasaran dan strategi pemasaran, disesuaikan dengan keadaan ketika ini.

Beliau berkata, MyVXp akan membantu para penggiat industri menerapkan kebiasaan baharu dalam industri pelancongan, meningkatkan kemampuan dan kebolehan mereka dan memberi pilihan kepada masyarakat untuk mengembara ke destinasi dan tempat menarik secara maya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Keuntungan bersih turun kepada RM76.77 juta
Next: Keuntungan KPS melonjak kepada RM3.14 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.