Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tokyo keluar amaran strok haba tahap tertinggi
  • GLOBAL

Tokyo keluar amaran strok haba tahap tertinggi

Utusan Sarawak 2 years ago
Sistem pancuran air di daerah Ginza, Tokyo. FotoAFP

TOKYO: Jepun hari ini mengeluarkan amaran strok haba tahap tertinggi di kawasan metropolitan Tokyo ketika musim panas terus melanda kebanyakan kawasan, menurut Kementerian Alam Sekitar.

Bandar Tokyo, Saitama, Chiba, Yokohama, Mito, Utsunomiya dan Maebashi menjangkakan tahap risiko strok haba apabila kementerian mengeluarkan amaran merah – yang tertinggi dalam sistem amaran lima peringkat, lapor Xinhua.

Kementerian menasihatkan orang ramai di kawasan berkenaan untuk mengelakkan dari keluar rumah dan menghentikan semua aktiviti senaman kecuali membabitkan kes khas.

Agensi cuaca Jepun mengeluarkan amaran strok haba untuk lapan wilayah, termasuk Iwate dan Fukushima, dengan suhu setinggi 35 darjah Celcius. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Keluaran, pengesahan sijil vaksin Covid di Switzerland dihentikan
Next: Indonesia tahan dua bot berdaftar Malaysia, tangkap ikan secara haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.